src="http://www.esnips.com/doc/74374371-7e97-43fc-859b-fa0c80fbcb42/cromok---I-Dont-Belong-Here"loop=infinite>

Tuesday, September 2, 2008

Ahlan wasahlan Ramadhan 1..

Assalamualaikum...

Seingat saya sudah beberapa bulan saya tidak menulis di blog ini...Ikhlas saya katakan yang sebenarnya saya kekeringan idea untuk menulis di blog ini...Hehehe...Jadi sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini saya rasa molek kiranya saya menulis sedikit sebanyak tentang bulan Ramadhan.

Seperti yang sedia maklum,kita harus mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ramadhan.Perkataan Ramadhan itu diambil dari perkataan "Ramadh" yang bermaksud 'Bakar'.Jadi Allah s.w.t menjadikan bulan Ramadhan ini special gift sebagai tanda kasih sayangNYA yang tidak terhingga kepada hambanya.Seharusnya bulan ini dipenuhi dengan amal ibadat yang banyak.Kenapakah ia diberi nama Ramadhan (membakar)???Kerana bulan ini dijadikan Allah s.w.t sebagai bulan bagi membakar dosa-dosa hambanya.Didalam bulan ini terdapat bermacam-macam kelebihan yang Allah kurniakan.Yang paling asas ialah syaitan-syaitan digari bagi menghormati bulan Ramadhan Al-mubarak.Tetapi jgn kita lupa juga kepada Hawa Nafsu yang sentiasa menyeru kita ke arah kesesatan.Ini kerana Hawa Nafsu sentiasa menggoda kita supaya ingkar dengan perintah Allah s.w.t.

Bulan Ramadhan ini juga digambarkan sebagai bulan peperangan melawan Hawa Nafsu..Suatu ketika pada zaman Rasulullah S.A.W selepas tamatnya peperangan melawan quraisy, baginda berkata "Selepas ini kita akan menempuhi satu lagi peperangan yang lebih berat"..Para sahabat bertanya "Apakah peperangan itu ya Rasulullah??".Jawab Rasulullah "itulah peperangan melawan hawa nafsu"..

Saya rasa sampai disini sahaja coretan saya pada hari ini.Insya'Allah saya akan menyambung lagi coretan tentang bulan ramadhan ini dilain waktu...