src="http://www.esnips.com/doc/74374371-7e97-43fc-859b-fa0c80fbcb42/cromok---I-Dont-Belong-Here"loop=infinite>

Friday, November 2, 2007

Larangan paling penting!!!!!!!

Assalamualaikum semua…

Hari ini saya ingin menulis sedikit tentang masalah kehidupan kita seharian. Pernah kah anda terfikir kenapa keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi sekarang.. Pelbagai persoalan yg timbul, ada yg menyalahkan ibubapa kerana tidak memberi didikan yg betul. Pada pendapat saya peranan ilmu itu adalah masalah kedua,tetapi masalah yg utama adalah MAKANAN.. Macam mana tu? Ha,ha,ha… Saya lihat dahi anda sudah mula berkerut,biar saya jelaskan..

Dalam kehidupan kita sebagai umat islam pemakanan adalah amat penting dalam menjana akhlak yg mulia. Pernahkah anda fikir apakah larangan pertama yg turunkan kepada kita? Cuba anda ingat kembali kisah yg telah menimpa moyang kita dahulu yakni nabi Adam a.s.. Apakah yg baginda lakukan sehingga beliau dikeluarkan dari syurga dan di campakkan ke bumi? Kerana baginda telah melanggar perintah Allah s.w.t yg melarang baginda dari memakan buah khuldi,apakah pengajaran yg Allah ingin tunjukkan disitu? MAKANAN!! Ya,makanan..

Kita perlu mempersoalkan apakah makanan yg kita berikan kepada anak-anak kita itu dijamin halal dan toyyiba? Dengan memberi makanan sebarangan boleh menyebabkan hati manusia jadi gelap dan susah untuk menerima ajaran agama. Itulah faktor yg paling penting dalam usaha kita mendidik anak-anak, dan faktor itu juga lah yg dianggap remeh oleh kebanyakkan orang. Kita biasa mendengar kata pepatah yg berbunyi “Hendak melentur buluh biarlah dari rebung”, tentu pepatah itu tidak asing lagi bagi anda bukan.. Memanglah kita kalau hendak mendidik anak-anak kita perlu mula dari awal lagi. Tetapi kalau pemakanan mereka tidak dijaga hasilnya tetap sama.Zaman sekarang makanan-makanan ringan semakin hari semakin banyak dikedai-kedai. Makanan seperti itu kita tidak tahu bagaimana cara ia dibuat dan adakah dia dibuat dengan cara islam??? Halalkah ia untuk dimakan?? Makanan seperti itu selalunya pengeluar bukan orang islam. Pernahkah anda terfikir apakah kesan makanan haram kalau sudah menjadi darah daging kita? Dia akan menghancurkan keturunan kita..

Saya harap penulisan saya kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda..