src="http://www.esnips.com/doc/74374371-7e97-43fc-859b-fa0c80fbcb42/cromok---I-Dont-Belong-Here"loop=infinite>

Friday, November 2, 2007

Larangan paling penting!!!!!!!

Assalamualaikum semua…

Hari ini saya ingin menulis sedikit tentang masalah kehidupan kita seharian. Pernah kah anda terfikir kenapa keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi sekarang.. Pelbagai persoalan yg timbul, ada yg menyalahkan ibubapa kerana tidak memberi didikan yg betul. Pada pendapat saya peranan ilmu itu adalah masalah kedua,tetapi masalah yg utama adalah MAKANAN.. Macam mana tu? Ha,ha,ha… Saya lihat dahi anda sudah mula berkerut,biar saya jelaskan..

Dalam kehidupan kita sebagai umat islam pemakanan adalah amat penting dalam menjana akhlak yg mulia. Pernahkah anda fikir apakah larangan pertama yg turunkan kepada kita? Cuba anda ingat kembali kisah yg telah menimpa moyang kita dahulu yakni nabi Adam a.s.. Apakah yg baginda lakukan sehingga beliau dikeluarkan dari syurga dan di campakkan ke bumi? Kerana baginda telah melanggar perintah Allah s.w.t yg melarang baginda dari memakan buah khuldi,apakah pengajaran yg Allah ingin tunjukkan disitu? MAKANAN!! Ya,makanan..

Kita perlu mempersoalkan apakah makanan yg kita berikan kepada anak-anak kita itu dijamin halal dan toyyiba? Dengan memberi makanan sebarangan boleh menyebabkan hati manusia jadi gelap dan susah untuk menerima ajaran agama. Itulah faktor yg paling penting dalam usaha kita mendidik anak-anak, dan faktor itu juga lah yg dianggap remeh oleh kebanyakkan orang. Kita biasa mendengar kata pepatah yg berbunyi “Hendak melentur buluh biarlah dari rebung”, tentu pepatah itu tidak asing lagi bagi anda bukan.. Memanglah kita kalau hendak mendidik anak-anak kita perlu mula dari awal lagi. Tetapi kalau pemakanan mereka tidak dijaga hasilnya tetap sama.Zaman sekarang makanan-makanan ringan semakin hari semakin banyak dikedai-kedai. Makanan seperti itu kita tidak tahu bagaimana cara ia dibuat dan adakah dia dibuat dengan cara islam??? Halalkah ia untuk dimakan?? Makanan seperti itu selalunya pengeluar bukan orang islam. Pernahkah anda terfikir apakah kesan makanan haram kalau sudah menjadi darah daging kita? Dia akan menghancurkan keturunan kita..

Saya harap penulisan saya kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda..

Friday, October 19, 2007

Muqaddimah...

Assalamualaikum semua...

Saya akan ceritakan tentang kehidupan saya dari kecil sampai sekarang,kepada sahabat2 yg ingin mengenali saya dgn lebih dekat boleh la mengunjungi blog saya yg tak seberapa ini..

Sebagai pembuka bicara saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dulu. Nama saya Solahuddin Mohamad, saya dilahirkan di Karak,Pahang.Saya dibesarkan di kelantan disebuah kg yg dipanggil Kg.Sireh. Ayah saya bernama Mohamad Maidin, dia telah meninggal dunia pada tahun bulan Mei 2001 kerana sakit buah pinggang. Ibu saya bernama Che Cob b. Harun, berumur 50 lebih..(Saya pun tak ingat he,he,he...). Saya mempunyai 4 orang adik-beradik termasuk saya,saya anak bongsu.. Mesti anda menyangka saya anak yg manja kn? Tetapi ibubapa saya tak pernah memanjakan anak2 mereka termasuk saya, ayah saya sangat tegas masa saya kecil2 dulu sampai saya fikir ayah saya orang yg paling garang diatas muka bumi Allah ini. Anda tidak percaya?? Baik lah biar saya ceritakan kepada anda bagaimana cara arwah ayah saya mendidik saya.

Masa saya berumur 7,8 tahun lebih kurang waktu itu ayah saya paling tegas. Dia tak bagi anak2nya tengok tv dgn alasan tv itu maksiat. Pernah sekali itu kawan dia memarahi dia kerana terlalu tegas, kawan ayah saya tu cakap bukan semua rancangan dalam tv maksiat ada juga yg menfaat. Tapi ayah saya tanya kawan dia itu balik "berapa banyak rancangan bermanfaat berbanding dgn rancangan maksiat??".. Macam mana pandangan anda? Tegas bukan?? Ha,ha,ha... Tapi itu baru sikit,radio pun dia tak bagi dengar melainkan kaset bacaan al-quran je. Nasyid pun dia tak bagi dengar apatah lagi lagu2 yg melalaikan.. Waktu itu saya rasa macam nak lari dari rumah je, saya tak dibenarkan berkawan dgn perempuan. Dari saya tadika sampai sekolah menengah tingkatan 1 saya bersekolah disekolah lelaki.. Sekolah menengah saya sekolah agama arab di sullamiah bunut payong, dari pra sampai form 1 kami di sekolah itu dipisahkan antara pelajar lelaki dgn pelajar perempuan.. Tetapi masuk form 2 kami disatukan.. Semasa saya form 2 itulah ayah saya yg paling saya hormati meninggal dunia.. Keluarga saya hilang tempat bergantung,ketiadaan ayah saya itu sangat dirasai.. Selama ini dia lah yg kuat berusaha membanting tulang mencari rezeki, kini dia dah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.. Semoga Allah menempatkan rohnya ditempat orang2 yg soleh..Amiin...

Thursday, October 18, 2007

Ahlan wasahlan!!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Selamat datang ke blog saya.Didalam blog ini saya menceritakan tentang kisah-kisah hidup saya dari masa kecil lagi.Kepada sapa-sapa yang ingin mengenali diri saya dengan lebih dekat boleh la melawat blog saya.

Kepada kawan-kawan yang dah mengenali saya pun boleh la datang jenguk2 blog saya ni..Maybe korang akan jumpe sesuatu tentang diri aku yang masih korang tak tahu lagi..